hai sume aq ni bukan lah pandai cgt berckap just nk ucap hai je sbb dah melawat blog aq. korng klo dah bce ,nnti jgn lah ngutuk plak ek..ape p0n thankz lah sbb sudi jln jln kt blog aq .babai

Henpon Atas Kereta Honda!!!!

Assalamualaikum.
aduhaiii,banyak betul habuk dekat sini, inilah padahnya dah lama tak sign kau wahai blog . Kesian kau , takpe takpe hari ni aku taip taip ea:D wahhh dah masuk tahun baru 2013, tak sangka yang aku bakal jadi senior tahun depan , tengah angkat kening ni tanda berlagak hahaha.Time aku tengah rajin ni, aku cerita laa apa yang patut.  Okay, pelik tak tajuk post kat atas tu, hurmm, cerita pasal henpon ada atas kereta .Heyy , bukan aku punya okay, adik aku yang punya haha. Padan muka dia , yang dok letak phone atas kereta pasal apa. dah tu , mama aku bawak kereta tu sampai semabok, wow, kental betul henpon dia ek. Bayangkan dari bukit baru sampai semabok tu . Aku rasa orang belakang confirm tak perasan , sebab kalau dia perasan mesti bagitahu punya " ea,henpon kau atas bonet tu , tak sayang phone ke?" confirm ayat ni yang dia cakap. Nak tahu macam mana adik aku boleh letak atas bonet! 

Macam ni cerita dia, petang semalam adik aku nak pergi main bola dengan kekawan dia, then adik aku yang sorang lagi ajak dia main badminton sekejap, dia pulak sengal pergi bawak henpon gi maen buat apa, letak je laaa dalam rumah. Then dia ingat tak nak bagi jatuh sebab takut dia letak dalam poket nanti jatuh, dia letaklah atas bonet kereta . kebetulan kereta honda mama park berdekatan dengan tempat dia nak main 
badminton. Pastu aku dengan mama nak pergi pasar malam naek kereta tu, entah macam mana aku pun tak nampak phone tu ada atas bonet, dia pulak boleh lupa yang dia letak phone tu kat atas bonet. huurmmm,selamat laaaa nampaknya. Henpon nokia ash dibawak sampai ke semabok, then jatuh kat tengah jalan. Tapi yang peliknya aku dan mama tak dengar pon ada benda jatuh ke apa. Balik dari pasar malam , aku pun dengan selamba nya masuk rumah , tak tahu apa apa. Lepas dia balik dari main bola, dah masuk rumah,baru dia tercari cari phone dia. haiiiii, dah naseb badan nak buat macam mana benda dah lepas tak boleh buat apa. :(  Tapi henpon tu dapat dijumpai oleh seseorang, dia call num cause aku ada bagi sms yang mengatakan "sesiapa yang terjumpe phone ni , tolong call num saya." Itulaa mesej yang aku bagi kat dia, dan akhirnya hari ni , dapat balik phone nokia ash tu. Tapi apa dah jadi dengan phone tu, tengok pic yang aku upload kejap lagi ea, apa pun aku rasa phone tu dah tak boleh guna pun , dah kena lanyak dengan kereta berapa kali aku pun takthu, naseb baik skrin tak pecah. 



inilah gambar henpon ash selepas dijumpai, kesian tak ? :( hahaha , kesian kesian jugak, tapi dalam kesian, aku kata kat dia padan muka, tula sape suruh letak henpon atas bonet lagi, inilah padahnya, bateri pun dah hilang ke mana, memory pun hilng ,nseb baik sim tak hilang. Tapi mengikut firasat aku, memory tu orang yang jumpa henpon ni yang curi , ntahlah aku tak boleh nak kata apa. Biarlah kalau dia curi pun dia yang dosa. Apa pun aku cakap dengan adik aku, jadikan pengalaman ni satu pengajaran supaya lepas dapat henpon baru nanti, takde lah kau letak atas bonet lagi ea? percaya tak ini phone baru, baru beli sebulan yang lalu, dah lah nak pujuk mama susah, dengan aku sekali kena tolong pujuk, tapi bila dah dapat, tak jaga plak,aduhaii, mama kata lepas ni kalau nak beli lagi, kumpul duit sendiri, pastu baru beli. isshhhh =====)

p/s: Jangan letak henpon anda di merata rata tempat ,pastikan  henpon anda berada dalam keadaan selamat. INGAT!! Jangan sampai jadi macam ni sudah HENPON ASH JALAN JALAN SAMPAI SEMABOK. 

Assalamualaikum :D


family

Assalamualaikum,

hi semua , apa kabar ? dah makan lom, 
haha, banyak pula tanya ek , hari ini , hurmm ,
aku pun tak tahu nak cerita pasal apa , no idea lah , tapi tangan ni ligat plak nak tulis .

ok,
13,10,2012 bersamaan dengan hari sabtu 
family aku ada buat kenduri for family jew, dah lama tak buat kenduri untuk family , so semalam macam macam makanan yang ada , sangat meriah bising dengan tangisan bayi yang masih kecil sehinggalah jeritan yang paling besar . haha aku rasa macam dekat funfair pun ada juga . Tapi masa majlis semalam ada yg buat aku teringat akan seseorang , korang plak jangan fikir lain tau , aku teringat arwah atuk aku , atuk sedara and pakusu aku . kalau semalam mereka semua ada kan lagi best . terutama sekali arwah atuk sedara aku , kan lagi bermakna .

atuk - atuk ku , dan pakusu ku , akak rindu , nak sangat peluk diorang semua . atuk , walaupun akak tak rapat gan atuk tapi akak tahu atuk sayangkan akak , dulu atuk selalu cakap , 'kak , nak ikut atuk balik punggur ( alai ). tu je kata kata yang aku ingat sampai sekarang . atuk aku tak banyak cakap , dia jenis orang pendiam . tapi aku sayang dia , dia kalau datang rumah aku kalau mama masak bubur selalu dia letak air sejuk , sebab dia kata masih panas. 

atuk ayah awa, (merupakan atuk sedara aku) atuk, akak rindu sesangat kat atuk , rindu nak belajar gan atuk ,rindu nak makan dengan atuk  rindu nak berbual dengan atuk , rindu nak keluar  pergi karoke gan atuk , rindu nak bergurau senda dengan atuk , dan macam macam lagi yang akak rindu nak buat dengan atuk , tapi kenapa atuk pergi , akak tak puas lagi nak bersama sama dengan atuk , atuk belum sempat nak tengok akak berjaya dalam PMR . atuk selalu pesan dengan akak , akak janji akak akan ingat pesan atuk , akak tahu dulu atuk banyak makan hati dengan keluarga, akak nampak tu walaupun atuk tak cerita kat akak tapi akak tahu , atuk selalu menahan sakit , dulu kalau akak datang belajar , walaupun atuk tengah sakit atuk ajar jugak akak , kalau atuk tanda kertas latihan akak , atuk selalu kata yang akak boleh berjaya . insyaallah akak akan   belajar sampai ke menara gading . Banyak benda yang atuk tak sempat buat , tengok terutamanya adik adik akak , ami , aki, syaza dan ramai lagi yang tak sempat jumpa gan atuk . masa petang ahad last aku jumpa dengan dia , muka dia nampak tenang sangat , dia boleh berjalan , boleh berbual , boleh makan , tapi kenapa bila hari isnin akak balik sekolah , atuk masuk hospital kenapa atuk dah tak sedarkan diri lepas orang terakhir yang atuk jumpa ialah mama. kenapa kenapa ? tak palah tuk, kalau Allah izinkan kita akan bertemu di sana . insyaallah . 

pakusu khusyairi , pakusu akak rindu dengan gurauan pak usu, rindu nak bergurau dengan pak usu , rindu dah dengar cakap ' wani gemok' . akak rindu semua kenangan dengan pak usu . dulu kalau pak usu ada kat rumah nekmak , kalau akak nak main henpon pak usu , pak usu mesti tak kasi , sebab nanti makwe sms. haha . masa tu kalau aku dengar aku selalu ejek dia . ingat lagi dulu , masa kita pergi air terjun dekat johor , masa  tu semuanya ada lagi . time tu , seluruh ahli keluarga aku ikut , memang best gile. so kita duduk shelet yang paling besar . memang banyak katil. disebabkan aku ni cucu pertama jadi nenek aku lagi sayangkan aku  tapi tak tahu sekrang sebab dia dah bnyak cucu, waktu tu , nekmak offer ' sapa nak tidur gan nekmak  wani mana wani , wani je lah tidur gan mak . ' ' tiba tiba pak usu mencelah ,' abis lepas tu ank mak yang sorang lagi ni nak tidur mana , 'celah pak usu. semua yang ada kat situ dah tergelak . memang best waktu tu . aku rindu sesangat , kalau lah ada mesin yang boleh pusing balik masa tu . hurmmm.

tapi apakan daya , tuhan lebih menyangi mereka , aku redha , kalau seluruh ahli keluarga aku boleh redha terutamanya nenek aku , aku kesian tengok nenek aku , lepas seorang - seorang pergi meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ni , agaknya kalau mereka hidup , mesti lagi besar cabaran yang mereka kena hadapi, sebab sebelum ni , dah macam macam cabaran menimpa mereka . aku lhat mereka menghadapi nya dengan tabah . Walaupun mereka dah xde tapi aku tetap akan ingat mereka dalam hati aku ni , mereka sentiasa ada di dalam hati aku dan seluruh keluarga aku. al- fatihah . 


bilik dilanda banjir

ASSALAMUALAIKUM,
apa khabar semua , hope anda semua berada dalam keadaan sihat dan aman sejahtera . Post kali ini aku nak cerita pasal banjir yg melanda bilik aku sahaja , biasa orang kata banjir yg melanda rumah . Ini tidak bilik dilanda banjir , meh aku cerita

pagi pagi tadi , aku dengar ada orang panggil nama aku , dalam hati aku kata siapa lah yg kejut aku pagi pagi ni , jam menunjukkan tepat pukul 2:15 am . 'hurm , apasal . aku jawab ,  ' akak bangunlah , ni hah bilik kita dah masuk air , habis satu bilik , aku dengan segera bangun , aku rasa lantai simen bilik aku basah , tak boleh bayang perasaan aku waktu  itu , rasa macam nak menangis , tapi memang dah melalak dah , mana x nya . habis semua basah , dengan buku buku aku , tapi adik aku punya barang lagi banyak basah dari aku , sbb kebanyakkan barang aku semuanya terletak di atas meja , barang dia plak banyak di bawah ,waktu tu , dia tidur bawah , aku pulak tidur atas katil , patutlah semalam aku mimpi aku pergi mandi kolam . rupa rupanya , blik aku dah jadi kolam , tak payah pergi swimming pool jauh jauh , time tu , aku dah tak pikir apa apa, yg ada dlm kepala otak aku waktu tuh hnya mama, aku terus pergi bilik mama dan waktu tu , mama n abah keluar pergi kat bilik aku , pehh , nasib baik mama n abah , xkena heart attack , terkejut diaorang bila tengok , air dah melimpah dari bilik air ke bilik aku, tapi yg peliknya , bilik adik aku tak pulak kena sebarang air , padahal bilik kitaorang sebelah sebelah je , hurm munsykil betul , takpelah , yg lepas biar lepas aslkan , benda itu x mengakibatkan benda yg besar, nasib baik brng brng je basah . huh inilah pengalaman yg mmg aku tak boleh lupa , akan aku jadikan iktibar bagi aku, hah nak tahu siapa yg tdk menutup pili air di dlm bilik , iaitu adik aku yg lelaki , nasib dia baik sbb dia x kena . huh. sekarang alhamdulilah , semuanya dah selesai . the end :)

itulah cerita yg berlaku pada pukul 2pagi , smlm . papai :)

cemburu

cemburu 

Tajuk post entry aku kali ni berkaitan dengan cemburu , sengaja aku hilightkan perkataan cemburu di atas . Kalau anda rasa diri anda sudah mempunyai pasangan hidup , jagalah pasangan anda sebaik mungkin . tetapi  jangan lah terlalu desprate , sehinggakan perbuatan yg anda akan lakukan itu melampaui batas anda . anda ada hak untuk berasa cemburu , tapi janganlah pentingkan diri anda sahja , fikir juga terhadap org lain , dan fikir juga tentang apa yg orang katakan kepada anda, dan fikirkan tentang ibu bapa anda . This is simple , semua orang boleh buat , jangan sampai anda yg akan terjebak dalam kes kes yg tidak diigini berlaku didpn anda . Fikirlah juga tentang orang yg menyayangi anda , dan kalau anda rasa tiada sesiapa yg menyayangi anda , fikirlah tentang Allah , fikir yg Allah selalu menyayangi anda , percayalah kalau anda suka ikut perasaan , hidup anda akan binasa . bak kata pepatah , ikut hati mati . Insyaallah itu akan menjadikan hidup anda lebih baik . 

assalamualaikum .
hari ini aku nak story pasal life aku , sejak kebelakangan ini , banyak benda yg terjadi pada aku
terutamanya , atuk aku meninggal, kawan baru , aku difitnah, aku dipermainkan 
dan macam macam lagi benda yg terjadi pada aku , 
tapi aku kena tabah menempuh apa yg menimpa aku 
sebab perjalanan aku masih jauh ,
so kalau setakat ini , aku sudah mengalah , macam mana aku nak menempuh life 
yg lebih mencabar lagi . 
Macam macam lagi yg sedang menunggu aku di luar sana 
jadi mulai saat ini , aku kena belajar dari kesilapan 
kesilapan juga mengajar aku erti kehidupan sebenar .
Alhamdulilah , aku berjaya menempuh segala dugaan ini dengan tabah walaupun ada 
pahit dan manis . 
Insyaallah , selepas ini kalau ada cabaran yg menimpa aku akan tempoh dengan tenang dan 
sabar :)

P/S : nak hidup bukan nya senang , hendak memulakan kehidupan juga tidak mudah , jadi anda harus belajar 
daripada pengalaman yg anda dapat sebelum ini . Insyaallah kehidupan anda akan
menjadi lebih baik dan teratur . ;)

starting :)

assalamulaikum , sudah sekian lama aku aku x menaip , terlalu busy sgt sampai aku terlupa yg aku ada blog .
hari PMR tinggal lagi stu hari lagi , persoalannya sekarang mampukah aku buat yg terbaik , ramai org doakan. tapi aku rasa ada jugak orang yg benci aku jugak , tapi i hope org yg membenci aku tuh, tolonglah maafkan aku , kalau aku ada buat salah kat korang , im sorry k . n kepada yg aku selalu sakitkan hati korang , aku mintak maaf k , kalau korang tak nak maafkan aku , takpe lah aku sedar aku cuma manusia biase , korang jugak ada hak kan , dan kepde kwn kwn PMR aku doakan kejayaan korang ,antaranya yana, nurul, wardah, izzani , sofi(bkn form 3) , faiz, airul, sab, amalina, afifah , farah , aina kama, aina wani ( bdk chomel,tapi ganas), iman,dan semua  kwn -kwn aku  dari sklh rendah hinggalah sklh menengah .ak harap kita sama sama dapt 8A  itu janji aku pada mama n abah aku , insyaallah kalau kita percaya pada diri kita dan selalu bertawakal kpda Allah , dan sentiasa  berusaha tanpa mengenal erti penat lelah , kita semua pasti akan berjaya , percayalah cakap aku ...

P/S: ya Allah kau perkenankanlah doa doa kami bdk bdk PMR tahun 2012, semoga tahun 2012 menjadi tahun yg paling bermakna bagi pelajar pelajar PMR . AMIN ..<)


me.

assalamualaikum , kepada sume para pembacaku yg chomel loteh ni , lagi man!z, lagi menawan . dah lama ku tak menaip , nak update blog pun malas. lagi pun aku dah nak exam PMR doh . dah lah ujian besau , bukan ujian main main, nampak nyer , mulai dari hari ni , sekali sekala je aku bkq . start dri hari jumaat lps aku dah jadi gadis busy . pagi sklh , ptg study . mlm tuisyen . time sklh memg aku tak de masa nak meng 0n9 kan diri aku ke dalam alam maya . klo aku bkq pun , aku cume check email , tgk soalan 2 yg telah dipost kan oleh kwn 2 mama aku utk aku buat , tak pun aku bukq score A or tutor tv . itulah keje aku tiap hari , hyeiii , susah nyer jadi pelajar nak amik peperiksaan nie, huh =( . em nak buat mcm mne kena lah jugak aku jalani hari hari aku yg mmbosankn bagi aku . family aku slalu bagi semngt utk aku ter0s berjaya . aku harus yakin dgn diri aku , kebolehan aku , bahawa suatu hari nanti aku mampu jadi pelajar yg terbaik .amin . =) tapi tmpt utk aku buat rujukan dah tak ada . iaitu arwah atuk aku yg baru meninggal 2 minggu lps . tapi aku harus jalani hidup ini . aku selalu igt pesan dia , supaya belajau rajin 2 , atuk nak tegok wani berjaya . kdg 2 bile terknngkn dy , aku jadi sedih . ialah dia tak sempat nk tegok aku dpt 8 A . tapi aku tanam kan tekad dlm diri aku ,utk aku buktikan pda sume org yg aku jugak bole jadi yg terbaik , biau gagal skunk jgn gagal kemudian . insyaallah dgn berkat kesabaran ku , semuanya bole menjadi . AMIN =) :D