hai sume aq ni bukan lah pandai cgt berckap just nk ucap hai je sbb dah melawat blog aq. korng klo dah bce ,nnti jgn lah ngutuk plak ek..ape p0n thankz lah sbb sudi jln jln kt blog aq .babai

family

Assalamualaikum,

hi semua , apa kabar ? dah makan lom, 
haha, banyak pula tanya ek , hari ini , hurmm ,
aku pun tak tahu nak cerita pasal apa , no idea lah , tapi tangan ni ligat plak nak tulis .

ok,
13,10,2012 bersamaan dengan hari sabtu 
family aku ada buat kenduri for family jew, dah lama tak buat kenduri untuk family , so semalam macam macam makanan yang ada , sangat meriah bising dengan tangisan bayi yang masih kecil sehinggalah jeritan yang paling besar . haha aku rasa macam dekat funfair pun ada juga . Tapi masa majlis semalam ada yg buat aku teringat akan seseorang , korang plak jangan fikir lain tau , aku teringat arwah atuk aku , atuk sedara and pakusu aku . kalau semalam mereka semua ada kan lagi best . terutama sekali arwah atuk sedara aku , kan lagi bermakna .

atuk - atuk ku , dan pakusu ku , akak rindu , nak sangat peluk diorang semua . atuk , walaupun akak tak rapat gan atuk tapi akak tahu atuk sayangkan akak , dulu atuk selalu cakap , 'kak , nak ikut atuk balik punggur ( alai ). tu je kata kata yang aku ingat sampai sekarang . atuk aku tak banyak cakap , dia jenis orang pendiam . tapi aku sayang dia , dia kalau datang rumah aku kalau mama masak bubur selalu dia letak air sejuk , sebab dia kata masih panas. 

atuk ayah awa, (merupakan atuk sedara aku) atuk, akak rindu sesangat kat atuk , rindu nak belajar gan atuk ,rindu nak makan dengan atuk  rindu nak berbual dengan atuk , rindu nak keluar  pergi karoke gan atuk , rindu nak bergurau senda dengan atuk , dan macam macam lagi yang akak rindu nak buat dengan atuk , tapi kenapa atuk pergi , akak tak puas lagi nak bersama sama dengan atuk , atuk belum sempat nak tengok akak berjaya dalam PMR . atuk selalu pesan dengan akak , akak janji akak akan ingat pesan atuk , akak tahu dulu atuk banyak makan hati dengan keluarga, akak nampak tu walaupun atuk tak cerita kat akak tapi akak tahu , atuk selalu menahan sakit , dulu kalau akak datang belajar , walaupun atuk tengah sakit atuk ajar jugak akak , kalau atuk tanda kertas latihan akak , atuk selalu kata yang akak boleh berjaya . insyaallah akak akan   belajar sampai ke menara gading . Banyak benda yang atuk tak sempat buat , tengok terutamanya adik adik akak , ami , aki, syaza dan ramai lagi yang tak sempat jumpa gan atuk . masa petang ahad last aku jumpa dengan dia , muka dia nampak tenang sangat , dia boleh berjalan , boleh berbual , boleh makan , tapi kenapa bila hari isnin akak balik sekolah , atuk masuk hospital kenapa atuk dah tak sedarkan diri lepas orang terakhir yang atuk jumpa ialah mama. kenapa kenapa ? tak palah tuk, kalau Allah izinkan kita akan bertemu di sana . insyaallah . 

pakusu khusyairi , pakusu akak rindu dengan gurauan pak usu, rindu nak bergurau dengan pak usu , rindu dah dengar cakap ' wani gemok' . akak rindu semua kenangan dengan pak usu . dulu kalau pak usu ada kat rumah nekmak , kalau akak nak main henpon pak usu , pak usu mesti tak kasi , sebab nanti makwe sms. haha . masa tu kalau aku dengar aku selalu ejek dia . ingat lagi dulu , masa kita pergi air terjun dekat johor , masa  tu semuanya ada lagi . time tu , seluruh ahli keluarga aku ikut , memang best gile. so kita duduk shelet yang paling besar . memang banyak katil. disebabkan aku ni cucu pertama jadi nenek aku lagi sayangkan aku  tapi tak tahu sekrang sebab dia dah bnyak cucu, waktu tu , nekmak offer ' sapa nak tidur gan nekmak  wani mana wani , wani je lah tidur gan mak . ' ' tiba tiba pak usu mencelah ,' abis lepas tu ank mak yang sorang lagi ni nak tidur mana , 'celah pak usu. semua yang ada kat situ dah tergelak . memang best waktu tu . aku rindu sesangat , kalau lah ada mesin yang boleh pusing balik masa tu . hurmmm.

tapi apakan daya , tuhan lebih menyangi mereka , aku redha , kalau seluruh ahli keluarga aku boleh redha terutamanya nenek aku , aku kesian tengok nenek aku , lepas seorang - seorang pergi meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ni , agaknya kalau mereka hidup , mesti lagi besar cabaran yang mereka kena hadapi, sebab sebelum ni , dah macam macam cabaran menimpa mereka . aku lhat mereka menghadapi nya dengan tabah . Walaupun mereka dah xde tapi aku tetap akan ingat mereka dalam hati aku ni , mereka sentiasa ada di dalam hati aku dan seluruh keluarga aku. al- fatihah .