hai sume aq ni bukan lah pandai cgt berckap just nk ucap hai je sbb dah melawat blog aq. korng klo dah bce ,nnti jgn lah ngutuk plak ek..ape p0n thankz lah sbb sudi jln jln kt blog aq .babai

Henpon Atas Kereta Honda!!!!

Assalamualaikum.
aduhaiii,banyak betul habuk dekat sini, inilah padahnya dah lama tak sign kau wahai blog . Kesian kau , takpe takpe hari ni aku taip taip ea:D wahhh dah masuk tahun baru 2013, tak sangka yang aku bakal jadi senior tahun depan , tengah angkat kening ni tanda berlagak hahaha.Time aku tengah rajin ni, aku cerita laa apa yang patut.  Okay, pelik tak tajuk post kat atas tu, hurmm, cerita pasal henpon ada atas kereta .Heyy , bukan aku punya okay, adik aku yang punya haha. Padan muka dia , yang dok letak phone atas kereta pasal apa. dah tu , mama aku bawak kereta tu sampai semabok, wow, kental betul henpon dia ek. Bayangkan dari bukit baru sampai semabok tu . Aku rasa orang belakang confirm tak perasan , sebab kalau dia perasan mesti bagitahu punya " ea,henpon kau atas bonet tu , tak sayang phone ke?" confirm ayat ni yang dia cakap. Nak tahu macam mana adik aku boleh letak atas bonet! 

Macam ni cerita dia, petang semalam adik aku nak pergi main bola dengan kekawan dia, then adik aku yang sorang lagi ajak dia main badminton sekejap, dia pulak sengal pergi bawak henpon gi maen buat apa, letak je laaa dalam rumah. Then dia ingat tak nak bagi jatuh sebab takut dia letak dalam poket nanti jatuh, dia letaklah atas bonet kereta . kebetulan kereta honda mama park berdekatan dengan tempat dia nak main 
badminton. Pastu aku dengan mama nak pergi pasar malam naek kereta tu, entah macam mana aku pun tak nampak phone tu ada atas bonet, dia pulak boleh lupa yang dia letak phone tu kat atas bonet. huurmmm,selamat laaaa nampaknya. Henpon nokia ash dibawak sampai ke semabok, then jatuh kat tengah jalan. Tapi yang peliknya aku dan mama tak dengar pon ada benda jatuh ke apa. Balik dari pasar malam , aku pun dengan selamba nya masuk rumah , tak tahu apa apa. Lepas dia balik dari main bola, dah masuk rumah,baru dia tercari cari phone dia. haiiiii, dah naseb badan nak buat macam mana benda dah lepas tak boleh buat apa. :(  Tapi henpon tu dapat dijumpai oleh seseorang, dia call num cause aku ada bagi sms yang mengatakan "sesiapa yang terjumpe phone ni , tolong call num saya." Itulaa mesej yang aku bagi kat dia, dan akhirnya hari ni , dapat balik phone nokia ash tu. Tapi apa dah jadi dengan phone tu, tengok pic yang aku upload kejap lagi ea, apa pun aku rasa phone tu dah tak boleh guna pun , dah kena lanyak dengan kereta berapa kali aku pun takthu, naseb baik skrin tak pecah. 



inilah gambar henpon ash selepas dijumpai, kesian tak ? :( hahaha , kesian kesian jugak, tapi dalam kesian, aku kata kat dia padan muka, tula sape suruh letak henpon atas bonet lagi, inilah padahnya, bateri pun dah hilang ke mana, memory pun hilng ,nseb baik sim tak hilang. Tapi mengikut firasat aku, memory tu orang yang jumpa henpon ni yang curi , ntahlah aku tak boleh nak kata apa. Biarlah kalau dia curi pun dia yang dosa. Apa pun aku cakap dengan adik aku, jadikan pengalaman ni satu pengajaran supaya lepas dapat henpon baru nanti, takde lah kau letak atas bonet lagi ea? percaya tak ini phone baru, baru beli sebulan yang lalu, dah lah nak pujuk mama susah, dengan aku sekali kena tolong pujuk, tapi bila dah dapat, tak jaga plak,aduhaii, mama kata lepas ni kalau nak beli lagi, kumpul duit sendiri, pastu baru beli. isshhhh =====)

p/s: Jangan letak henpon anda di merata rata tempat ,pastikan  henpon anda berada dalam keadaan selamat. INGAT!! Jangan sampai jadi macam ni sudah HENPON ASH JALAN JALAN SAMPAI SEMABOK. 

Assalamualaikum :D